Saturday, March 29, 2014

HIMPUNAN DOA

Friday, March 21, 2014

PERSEDIAAN UNTUK UMRAH










a. Persediaan Sebelum Pergi Menunaikan Umrah
Latih diri kita mendekati masjid ditempat kita tinggal.
Sekiranya dahulu kita sering solat dirumah, biasa-biasakanlah solat berjemaah di masjid.

Sekiranya terdapatnya majlis-majlis ilmu, rajin-rajinkanlah langkah kaki kita hadir dimajlis yang dihadiri para malaikat ini kerana majlis-majlis ini akan melembutkan hati kita…insyallah.

Perbanyakkanlah Solat Sunat.
Solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat dan solat sunat tahajud adalah bertujuan untuk membersihkan diri kita dari dosa-dosa lampau yang banyak telah kita lakukan. Ia juga membantu kita bermunajat kepadaNya dan memohon keampunan dan taubat diatas perbuatan-perbuatan kita yang lalu dan moga-moga Allah mengampuni kita.

Juga ia adalah tempat kita memohon perlindungan agar dipermudahkan perjalanan pergi dan balik mengerjakan ibadah malah memohon keselamatan kepada ahli keluarga yang bakal kita tinggalkan sepanjang perjalanan.

Perbanyakkan membaca Al Quran.
Selain daripada pahala yang kita perolehi dari membacanya, ia amat bermunafaat kerana apabila kita berada ditanahsuci selain dari ibadah umrah, pembacaan al-Quran adalah sesuatu yang amat digalakkan dan sekiranya dapat kita mengkhatam alQuran dalam masa ibadah tersebut adalah menjadi satu kebaikan kepada kita.

Bacalah buku-buku berkenaan umrah, Madinah dan Mekah.
Pembacaan ini akan membantu kita apabila kita menjalani ibadah tersebut. Buku-buku seperti cara-cara mengerjakan ibadah umrah serta “Travelog Haji” tulisan Prof Muhamad Kamil Ibrahim akan membuka minda dan naluri kita sebelum kita berada ditanah suci.

Buatlah Latihan Fizikal.
Latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh purata 3 - 4 km, 2 kali seminggu adalah persediaan yang terbaik untuk membiasakan diri kita yang rata-rata akan menggunakan tenaga semasa pergi dan balik keMasjid, melakukan tawaf serta saie (Saie dari Safa ke Marwah adalah lebih kurang 420 meter dan yang mengerjakan Saie akan berulang alik sejauh 2, 940 meter bersamaan lebihkurang 3 km). Ingatlah latihan ini adalah ikhtiar kita kerana yang menentukan kekuatan dan tenaga itu adalah dariNya. Latihan ini elok dimulakan 2 atau sebulan lagi keberangkatan kita kesana.

b. Semasa Berada DiTanah Suci Mekah dan Madinah
Sikap dan Mentaliti.
Berada di bumi yang diberkati ini memerlukan kita fokus dalam ibadah kita seharian. Diantara sikap dan mentaliti yang utama yang perlu kita terapkan adalah sifat sabar dalam banyak perkara terutama hubungan dengan Allah dan manusia kerana disinilah kita akan berjumpa dengan sekelian manusia dari seluruh pelusuk dunia ini dengan pelbagai ragam menurut adat serta peradaban mereka.

Sifat sabar ini merangkumi semua aspek terutamanya apabila kita mula menjejakkan kaki kita di Lapangan Terbang Jeddah atau Madinah, cara layanan kaunter Imigresen, sikap mat-mat bangla yang membantu mengangkat luggage jemaah dan mengenakan tips yang cukup tinggi (kalau boleh tolaklah sendiri trolley), pengangkutan, kebersihan, hotel tempat tinggal samada jauh atau dekat dari masjid, makanan yang kita makan, sikap masyarakat Arab yang kadangkalanya kasar dan kadangkalanya sombong, adab-adab didalam masjid yang kadangkala akan benar-benar menguji kesabaran kita.

Kesabaran juga berbentuk hubungan kita dengan suami atau isteri atau anak atau ahli jemaah kita sendiri. Ada kalanya pergaduhan suami atau isteri berlaku dan sebagainya.

Jauhilah sikap suka merungut akan sesuatu yang berlaku. Anggaplah ia sebagai ujian dari Allah swt yang mahu melihat akan tahap kesabaran kita.

Persoalan-persoalan Mengenai Ibadah Umrah.
Walau berapa kali pun kita telah menjejakkan kaki kita ke tanah suci, perkara-perkara yang kita tidak berapa faham atau mushkil, tanyalah kepada para mutawif atau ustaz atau ustazah yang mengiringi kita. Kadangkala apabila disana, terpandang oleh kita jemaah-jemaah lain yang datangnya dari Turki, Iran, China, India atau Pakistan berbuat sesuatu yang lain dari apa yang kita buat. Janganlah kita membuta tuli mengikuti cara mereka contoh adakalanya semasa solat fardu mereka bersama-sama isteri mereka solat sebelah menyebelah suami isteri dikawasan jemaah lelaki. Kita pun sebab takut isteri kita hilang atau berjauhan dengan mereka, kita pun berbuat demikian. Nampaknya seperti dibolehkan tetapi tanyalah kepada ustaz untuk mendapat kepastian. Lakukanlah ibadah umrah dengan hati yang ikhlas, tenang dan sabar.

Ungkapan Lisan dan Hati.
Dalam bab ini, saya ingin merujuk kembali mengenai persediaan kita sebelum berangkat  iaitu dengan kita selalu solat taubat, solat hajat dan beberapa solat sunat lagi ia membantu menmbersihkan hati kita apabila kita berada di tanah suci.

Adakalanya hati berdetik berkenaan sesuatu, sesuatu itu akan berlaku tanpa kita sedari. Kebanyakkan detik hati pada isu keburukan malah apapun perbuatan yang mendatangkan rasa riak, sombong mestilah dijauhi. Kadangkala hanya dengan pengucapan kita, ”jangan takut..tak hilang seliper tu kalau letak kat situ”, ada kalanya betul-betul hilang selipar itu.Sekiranya kita tersedar dari perkara-perkara ini, berisgtifarlah dan memohon keampunan dariNya.

Kepentingan Doa Dalam Setiap Perkara.
Doa amat memainkan peranannya dalam aspek kehidupan kita lebih-lebih lagi apabila berada ditanah suci Mekah dan Madinah. Setiap apa kesusahan atau perkara-perkara yang hendak kita lakukan, berdoalah dengan seyakin-yakin doa, insyallah Allah akan memakbulkan seperti contoh kita mahu melakukan tawaf diwaktu puncak. Sebelum memulakan, berdoalah supaya dipermudahkan, insyallah akan dipermudahkan ibadah tersebut.

Aktiviti Didalam Masjid.
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah 2 masjid tersuci pada umat Islam. Setelah beribu batu datang dari Malaysia dan membayar beribu ringgit untuk sampai kesana maka pergunakalah masa yang ada untuk membuat ibadah umrah,  solat berjemaah dimasjid dan berikhtikaf didalamnya kecuali ditimpa musibab seperti demam atau tidak berupaya kemasjid.

DiMasjidil Haram, gunakanlah masjid untuk beribadah sepenuh-penuhnya seperti tawaf sunat, solat sunat, membaca al Quran, melihat Kaabah (melihat Kaabah mendapat pahala disisi Allah). Kadangkalanya kita akan berikhtikaf dimasjid bermula dari waktu maghrib ke Isyak, kadang-kadang dari waktu Asar sehingga Isyak. Semasa kita berikhtikaf ini, lakukanlah perkara-perkara seperti tawaf sunat, membaca al Quran, solat sunat, bersedekah seperti mengambilkan air zam-zam untuk diberikan kepada jemaah berdekatan.

Itulah diantara sebabnya pada tips persediaan untuk menunaikan umrah itu saya selitkan faktor seperti menjinakkan diri kita dengan menghadiri majlis ilmu agar kita dapat berikhtikaf dimasjid ditempat tinggal kita. Dengan demikian tidaklah terasa kekok atau akan berputar persoalan dikepala apa nak buat dalam masjid  sementara menunggu waktu Asar sehingga Isya.

Apabila di Masjid Nabawi, ingatlah supaya kita perlu meletakkan tertib kita lebih tinggi apabila berada didalam masjid terutamanya apabila kita berbual-bual. Didalam sirah Nabi saw, perkara ini dinyatakan agar kita tidak menninggikan suara kita dan terdapat ayat  al Quran tersebut yang diletakkan diatas dinding Makam Nabi saw apabila kita menziarahi makam beliau.

Semasa berada ditanah suci, janganlah kita melakukan sebarang perlakuan kurafat yang membolehkan gugurnya akidah.

Lawatan Ziarah .
Turutilah lawatan-lawatan dan ziarah ini agar kita dapat memahami keperitan, kesusahan, tahap keimanan mereka yang terdahulu iaitu mereka yang bersama-sama Rasulullah saw memperjuangkan Islam.

Kesihatan.
Untuk menjalankan ibadah-ibadah ditanah suci ini amat memerlukan kudrat. Sekiranya permergian kita itu diwaktu musim panas, disarankan perbanyakanlah minum air kerana air zam-zam dimasjid  ada disetiap laluan atau tiang agar kesihatan terpelihara walaupun padaNya kita berserah.

c. Selepas Kembali Menunaikan Umrah.
Semasa Perjalanan Balik.
Dalam perjalanan (pergi/)balik ini ada diantara jemaah yang tertinggal solat fardunya. Cuba elakkan ini daripada berlaku dalam perjalanan kita. Islam itu mudah, kita boleh solat dimana-mana.... dalam kapalterbang, di tempat menunggu di airport dan sebagainya selagi mana kita yakin tempat itu bersih.

Solat Sunat Dua Rakaat Dan Majlis Kenduri
Setelah kapalterbang mendarat diKLIA, dalam perjalanan balik kerumah, jangan lupa untuk solat 2 rakaat dimana-mana masjid atau surau yang berdekatan dengan rumah kita sebelum kita melangkah kedalam rumah. Sebaik-baiknya semasa pulang ini kita adakan majlis kenduri dirumah kita semasa hari sampainya kita dirumah. Ini adalah beberapa adab yang saya perolehi dari beberapa ustaz apabila kita pulang dari menunaikan umrah

3. Istiqamah
    Beristiqamahlah kita selepas mengerjakan umrah ini dengan selalu berjemaah di surau atau masjid dan menghadiri majlis ilmu agar hubungan kita denga Allah itu tidak putus ditengah jalan.

Begitulah sedikit coretan dari pengamatan saya sebagai insan yang kerdil dalam agama Allah ini melalui pengalaman saya menunaikan Haji dan Umrah.

Semoga apa yang saya loretkan ini akan menambahkan rasa ketaqwaan dan rasa kemanisan iman agar kita terus beristiqamah mengerjakan apa-apa yang disuruhNya dan meninggalkan yang dilarangNya.

Yang baik  itu datangnya dari Allah swt manakala sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini adalah kerana kurangnya ilmu serta pemahaman saya terhadap ilmu agama ini.

Semoga ia memberikan menafaat kepada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan ibadah umrah pertama kali dan saya berdoa agar sahabat-sahabat yang pergi menunaikan ibadah itu mendapat umrah yang mabrur dan mabrurah.

Ingatlah bahawa pemergian insan ketanah suci itu adalah jemputan dariNya maka bersihkanlah hati dan jauhilah perkara-perkara yang boleh mensyirikkan Allah swt. Amatilah apa yang terkandung dalam lafaz kita;

Labaik Allahumma Labaaik, labaaik Laa Syarika Laka Labaaik Inal Hamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulka La Syarikalah….
copy dr slh sorg blogger Haji Rose Ady

" Ya Allah Ya Tuhanku moga ku juga dapat mengunjungi Bumi Mekah dan dapat menunaikan ibadah dgn penuh keberkatan, kekalkan hati kami didalam Ugama kami Islam tetapkan hati kami untuk sentiasa mengingati Mu Ya Allah, Ya Allah gerakkan hati pasanganku supaya redha untuk menjalani ibadah, Ya Allah gerakkan hati pasanganku supaya terbuka hatinya untuk membawaku ke tanah sudi Mekah "




UNTUK 2 MINGGU TEMPOH UMRAH

BEG KECIL
1.UBAT GIGI /BERUS GIGI
2.PENCUCI MUKA
3.TUALA KECIL
4,BAJU PAKAI( PAKAIAN PASANG)
5.STOKIN KAKI DAN SARUNG TANGAN
6.PANTYLINER
7.TELEKUNG
8.UBAT UBATAN (UBAT DEMAM,UBAT BATUK,UBAT CIRIT)
9.BAG PLASTIC ( UTK PAKAIAN KOTOR)

BEG BESAR
1.TELEKUNG
2.BAJU PAKAI (PAKAIAN PSG)
3.STOKIN/SARUNG TGN
4.MINI TUDUNG
5.TUALA MANDI
6.PAKAIAN TIDUR
7.SIKAT
8.SABUN DAN SHAMPHOO
9.HANGER BAJU
10.TISU
11.LOTION
12.LIP GLOSS
13.PEMOTONG KUKU
14.PIN BAJU
15.SELIPAR
16.BEG SELIPAR ( UTK BWK KEMASJID )
17.KUNCI BEG
18.CHARGER HANDPHONE N KAMERA
19.SOKET UNIVERSAL

PERSEDIAAN UTK LELAKI

BEG KECIL
1.BERUS GIGI/UBAT GIGI
2,TUALA KECIL
3.PAKAIAN LUAR DALAM
4.STOKING
5.UBAT UBATAN
6.BEG PLASTIC ( UTK BAJU KOTOR )

BEG BESAR
1,PAKAIAN IHRAM
2.TALI PINGGANG IHRAM
3,KOPIAH
4,BAJU (SET BAJU SELUAR JUBAH YG SESUAI UTK KEMASJID DAN ZIARAH)
5.BAJU PAGODA
6.TUALA MANDI
7.SIKAT
8.PAKAIAN TIDUR
9.SABUN MANDI, SHAMPHOO
10.HANGER BAJU
11.PEMOTONG KUKU ,GUNTING
12,SELIPAR N BEG UTK SELIPAR
13.CHARGER
14.SOCKET


Saturday, March 15, 2014

DOA UTK PELAJAR

 
DOA DAN WIRIK UNTUK PELAJAR
Page 1 of 7
1.
 
SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
2.
 
SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)
3.
 
SURAH ASY-SYARH – Untuk melapangkan and melegakan hati
(Nasihat dari Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
 

Thursday, March 13, 2014

KECEWA

Ku terpana pada sebaris ayat
kuselami..kurasai..
betapa hancurnya hatiku
kerana bait2 ayat yg terdampar disana

hancurnya hatiku
kerana ku telah gagal utk mendidik
wahai hati kenapa kau tewas..
terlalu awal..
kesabaranmu akhirnya dilukai

kuselami dimana silapnya
kucuba sedayaku
menjadi ibu yg baik walau bkn terbaik
ku cukup bertoleransi dlm mendidikmu
wahai putera dan puteriku

Sekarang dirimu anggap nasihat adalah bebelan
namun kau kan sedar satu hari nanti,,,
segalanya ku lakukan utk kebaikan kalian
tapi mungkin tika kau sedar..
ku tidak disisimu lagi..

Tika itu kesalan tiada bermakna
walau tangisan mengiringi sepanjang masa
Tika itu kau tak perlu lemah
kau kena bangun tanpa pimpinan dariku lagi

mengapa hati ini begitu tersentuh
bila kulihat bait2 ayat2 yg tidak kuduga ,,
luahan dari puteri or putera kesayanganku
ku tewas...
ku tewas
kukecewa...Ya Allah kuatkan hatiku
kenapa perlu ada medan..
utk curahkan luahan rasa yg tidak spatutnya

Ya Allah Lindungilah putera puteriku
walau mereka tidak sedikit pun ..
menoleh kearahku...walau mereka tidak pedulikan nasihatku
tapi sebagai seorang ibu...
Doakan sentiasa mengiringi
duniamu wahai putera puteriku


Ini lah ku bersama putera puteriku yg makin remaja disisi suami disyg

Sunday, March 9, 2014

Belajar Tauhid

komentar}

Ilmu Tauhid


Tauhid dalam tulisan Arab توحيد , yaitu suatu konsep pada aqidah agama Islam yang menyatakan keesaan Allah. Mengamalkan tauhid dan menjauhi syirik merupakan konsekuensi dari kalimat sahadat yang telah diikrarkan oleh seorang muslim. Ilmu tauhid adalah ilmu yang membahas pengokohan keyakinan-keyakinan agama Islam dengan dalil-dalil naqli maupun aqli yang pasti kebenarannya sehingga dapat menghilangkan semua keraguan, ilmu yang menyingkap kebatilan orang-orang kafir, kerancuan dan kedustaan mereka. Dengan ilmu tauhid ini, jiwa kita akan kokoh, dan hati pun akan tenang dengan iman. Seorang muslim meyakini bahwa tauhid adalah dasar Islam yang paling agung dan hakikat Islam yang paling besar, dan merupakan salah satu syarat merupakan syarat diterimanya amal perbuatan disamping harus sesuai dengan tuntunan rasulullah. Tauhid dibagi menjadi 3 macam yakni tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah, dan Tauhid Asma wa Sifat.


Tauhid Rubbiyah
Beriman bahwa hanya Allah satu-satunya Rabb yang memiliki, merencanakan, menciptakan, mengatur, memelihara, memberi rezeki, memberikan manfaat, menolak mudharat serta menjaga seluruh Alam Semesta. Sebagaimana terdapat dalam Al Quran surat Az Zumar ayat 62 :"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu". Hal yang seperti ini diakui oleh seluruh manusia, tidak ada seorang pun yang mengingkarinya. Orang-orang yang mengingkari hal ini, seperti kaum atheis, pada kenyataannya mereka menampakkan keingkarannya hanya karena kesombongan mereka. Padahal, jauh di dalam lubuk hati mereka, mereka mengakui bahwa tidaklah alam semesta ini terjadi kecuali ada yang membuat dan mengaturnya. Mereka hanyalah membohongi kata hati mereka sendiri. Hal ini sebagaimana firman Alloh “Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun ataukah mereka yang menciptakan? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan).“ (Ath-Thur: 35-36).

Tauhid Uluhiyah
Beriman bahwa hanya Allah semata yang berhak disembah, tidak ada sekutu bagiNya. "Allah menyatakan bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang orang yang berilmu (juga menyatakan demikian). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang Mahaperkasa lagi Maha Bijaksana" (Al Imran : 18). Beriman terhadap uluhiyah Allah merupakan konsekuensi dari keimanan terhadap rububiyahNya. Mengesakan Alloh dalam segala macam ibadah yang kita lakukan. Seperti salat, doa, nadzar, menyembelih, tawakkal, taubat, harap, cinta, takut dan berbagai macam ibadah lainnya. Dimana kita harus memaksudkan tujuan dari kesemua ibadah itu hanya kepada Alloh semata. Tauhid inilah yang merupakan inti dakwah para rosul dan merupakan tauhid yang diingkari oleh kaum musyrikin Quraisy.

Tauhid Asma wa Sifat
Beriman bahwa Allah memiliki nama dan sifat baik (asma'ul husna) yang sesuai dengan keagunganNya. Umat Islam mengenal 99 asma'ul husna yang merupakan nama sekaligus sifat Allah.

Firman Allah mengenai Tauhid.
Ada beberapa ayat tentang tauhid yang harus kita ketahui, yakni,

Ayat Pertama:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. adz-Dzariyat: 56)

Ayat Kedua:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Sungguh, Kami telah mengutus kepada setiap umat seorang rasul yang mengajak: Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.” (QS. an-Nahl: 36)

Ayat Ketiga:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Rabbmu memerintahkan kepadamu; agar kamu tidak beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan berbaktilah kepada kedua orang tua.” (QS. al-Israa’: 23)

Ayat Keempat:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Sembahlah Allah dan janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.” (QS. an-Nisaa’: 36)

Ayat Kelima:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Katakanlah: marilah akan kubacakan kepada kalian sesuatu yang diharamkan oleh Rabb kalian kepada kalian, janganlah kalian mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.” (QS. al-An’am: 151)

Ayat Keenam:
Firman Allah ta’ala (yang artinya), “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri keimanannya dengan kezaliman (syirik) mereka itulah orang-orang yang akan mendapatkan keamanan dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (QS. al-An’am: 82)

Sekian beberapa informasi mengenai ilmu tauhid semoga memotivasi dan menambah keyakinan kita pada Allah dan mempertebal iman islam serta selalu menyebarkan ilmu tauhid agar kita semua bahagia dan terhindar dari sifat syikir. Amin





Silakan share (copy paste) kembali di blog/web Anda dengan menyertakan link ke blog ini. Terima kasih telah berkunjung, semoga bermanfaat untuk Anda.

Artikel Terkait: