Tuesday, October 19, 2010

Bicara seorng kawan

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.
Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.
Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.
Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,
 pasti kehormatan dirinya akan terjaga

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah
laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya.
Mereka itu orang-orang yang berlaku adil
 dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat maupun kepada keluarga

Kecantikkan yang abadi ialah pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang,
 bukan pada wajah dan pakaiannya.
Jika kamu mendapat kesusahan,
 ingatlah menyimpan kesabaran.

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu
tetapi akal dan jiwamu.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar
 daripada sesuatu dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya

Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab,
 seumpama pahlawan yang tiada senjata.

nie ..saya copy dr blog seorg kwn utk tatapan semua.

0 comments:

Post a Comment